Tuesday, December 31, 2013

Dream Matte Mousse Maybelline MEMANG BEST!

In the name of Allah, the Most Kind the Most Grateful.

Salam sejahtera dan selamat petang.

Amacam korang punya percutian hujung tahun ni? Melawat ke mana? Hong Kong? Paris? London? Korea? Wah wahh seronoknya! Aku? Hurmmm bercuti dalam Malaysia dulu lah jawapnya.

At first nak pergi Pangkor Island tapi tak jadi sebab my mum tak dapat cuti. Murah je naik ferry RM10 seorang sahaja. Gila tak murah. 

So at last pergi Teluk Batik je and melawat Lumut jap tengok orang bawak beg besar-besar pergi Pangkor. Kejealousan membuak-buak. Sabar je lah nyiah!

Itu lah cerita aku bercuti dengan family.





Hahaha. Okay, topik kita pada kali ni bukan pasal bercuti pun sebenarnya. Tapi pasal BB Cream Mousse yang terbaik dari ladang ni.



Korang pernah nampak tak BB Cream ni? Macam goreng pisang sekarang ni. Meletop kebabommm. Hahahaha. Memang menjadi pujaan setiap gadis diluar sana yang inginkan muka kelihatan flawless dan jelita giteww! Tak perlu pakai Bedak Compact pun takpa, tempek je Dream Matte ni kat muka dah cun! 10 saat je siap!

Apa yang bestnya, harga dia sangat murah ok! Tak sampai 30 hengget pun, makcik jual goreng pisang pun mampu beli. Apatah lagik kak ton dan abg ton sekalian. Apa lagiii, pergi beli cepat! 

Tapi yang pasti korang kena pandai lah pilih tone color yang sesuai dengan muka korang. Kalau dah muka tu gelap, jangan lah nak perasaan lelebih beli yang light tu ye. Kang udah nampak muka putih melepak macam hantu kak limah. Eh tetibe kan!





Biar gelap hitam manis tapi nampak berseri dan cantik. Tak gitu? 




Testimoni jap. Haaaa, kan cantik kan cantik kan? Hahaha perasan betul pipah ni. Ok, selamat mecuba ok guys. Kbye.

sr : google.

No comments:

Post a Comment