Monday, August 26, 2013

Chessy Cracker in the making..

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Kind.

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saudara dan saudari sekalian. Apa khabar? Hihihihihihi

Okay, entry kita kali ni pasal makan makan sikit. Alahh, bukan selalu kan. Pipah masak? Biar betik? Helokkk sikit ye uolss. I dah banyak kali memasak ye. Acceli kali ni excited sikit nak share dekat uols. Yelah, first timer buat chessy cracker ni. Kalau macam Kek Batik ke Kek Lapis ke Kek apa-apa lahh tu dah selalu buat. Eh berlagak! Hahahaha


Ramuannya :

1/2 tin susu pekat *ini ikut kepada kepekatan manisan yg uols suka*
1 paket Nestum *tak kisah la nak taruk banyak mana korang suka*
1 kotak FULL CREAM MILK *yang ni untuk celup cracker kasi lembut sikit sebelum buat layer*
250g Cream Cheese PHILADELPHIA *taruk je semua, senang sikit. Kasi blend sampai halus mulus*
1 paket Cream Cracker *acceli DELUXE CRACKER lagi sedap. Try it*

Aku pon tengok chessy cracker ni dekat blog Cik Epal Gonjenggg! Aku tengok pun recipes nye sangat mudah dan simple.

Senang sangatlah cerita nye!!







Tak perlu baked dan tak perlu masak memasak dan segala-gala nya. Ehhh! Hanya memerlukan peti ais je. Nak buat pun senang sangat. Budak tadika pun reti. Celup celup dengan susu segar FULL CREAM MILK DUTCH LADY atau pun LOW FAT MILK DUTCH LADY (ikut lah korang suka susu yang mana. Susu ibu mengandung pun boleh. Ehh!) then kasik layer biskut ni berulang kali then siapppp!!!





Tadahhhhhh! Dah SIAP! Jemput merasa sorang sikit! Hihi



SELAMAT MENCUBA!! :D

No comments:

Post a Comment