Sunday, July 21, 2013

Iftar bersama di Lanz Catering.

In the name of Allah, the Most Kind the Most Grateful. 

Assalammualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Apa khabar semua? Puasa tak hari ni? Yang perempuan tak puasa takpa lah, ada lah excuse kan. Tapi ye ke? Hehehe.


Syukur alhamdulillah tersangat dah hampir separuh bulan kita berpuasa. Syukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh tuhan. Solat terawikh macam mana? Selalu tak pergi? Semoga di bulan Ramadhan, ada lah sedikit sebanyak perubahan yang berlaku. Insha Allah. Sentiasa memohon dari-Nya. OK?

Niat saya di bulan puasa ni? Saya tekad nak cuba kawal emosi kemarahan ni. Memang agak susah lah nak kawal emosi tu. Saya ni memang agak kuat emo sikitlah! Hahaha. Maaflah pada yang terasa tu ye. Hiks!

Okay, actually semalam saya pergi shopping sambil sambil berbowling dan berbuka terus dekat Ipoh.

Dengan siapa?

.
.
.
.
.
 
Ehh, dengan siapa lagi kan! Geng cedoi lah kata nyer. Dah melekat dah nama cedoi tuh. Entah kenapa tah. Hahaha. Macam biasa lah, Abu Hasan, Nuyui (cuzie yang comel), Ikin, Najwa (girlpren cedoi) dan of course saya sendiri lah! Haha


Saya pergi Ipoh sebenarnya nak cari baju raya. Tema baju saya tahun ni? Haaaaa. Tahun ni takda lah color pastel, tapi color striking gitewwww! Nak tahu? Color MERAH okay! Tak pernah pernah saya beli baju color MERAH. Tetibe je teringin nak beli baju color MERAH. Entah kenapa juga. Nak tengok? Nanti lah! Tak surpriseee pulak! Hehehe


Kami berbuka dekat Lanz catering yang berhadapan dengan Taman Polo. Kalau orang Ipoh tak tahu, memang nak kena sebijik penumbuk lah kan. Danggggg! Hahaha. Harga tak lah mahal sangat. Dewasa RM24.90 dan Kanak-kanak hanya lah RM14.90. Murah kan? Menu nya memang banyak teramat sangat. Air pun dah 5 6 jenis color air. Gitewwwww! Makanan pula jangan cerita lah! Lauk pauk tu ada lah dalam 10++ jenis, kuih-muih, buah-buahan dan puding. Memang sangat puas hati lah! Kalau bagi rank, memang aku bagi 5/5 lah! 



Rojak ni aku yang amik. Teringin pulak nak makan rojak buah ni. Kuah dia pekat likat. Memang sedap!


Ayam masak merah ni rasa nya amek 5 ketul je, tapi tetibe tengok atas meja dah terlebih ketul. Melampau kan? Haha


 Ini nama nya PECAL. Memang superb! Terbaikkkk sangat! One of my peberet too!


Ini nama nya LALA. Bukan KIKI LALA jenama baju tu ok! Hahaha. Yang ni peberet aku, so aku amik banyak sikit. Tapi habis ok. Haha


Yang ni aku tak tahu sapa yang amik. Memang tak luak pon. Aku tak makan benda alah ni. Aku pun tak tahu nama nya. Kulit eh? 


 Kawan aku kata ayam masak rendang ni sedap! Tapi aku tak makan ayam pun sebab kusyuk sangat makan LALA tadi lah! Hahahaha


 Pelbagai color air dan ini lah salah satu nya! Yummy!

 Ini nama nya sayur campur. Punya lah banyak sangat sayur nie. Haiyakkk! Haha


 Aku ingatkan ini daging tapi rupa nya yang macam daging jugak tu. Apa nama nya? Limpa ke apa? Ehhh. Hahahaha. 


Banyak kan? Hahahaha. Ada lah sedikit pembaziran tapi kami cuba lah untuk menghabiskan jugak. Haha. Gitewwwww!


 Alhamdulillah. Kenyang dah! :D


Okay, Sampai disini sahaja entry saya pada kali ini. Jumpa lagi guys! :D

1 comment:

  1. murah jugak ye.. menu pun byk....

    ReplyDelete