Friday, May 31, 2013

Bahagiamu Deritaku?

In the name of Allah, the Most Kind the Most Merciful.

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia dan yang sama waktu dengannya.




Sesungguhnya..
Bahagiamu bukanlah deritaku.
Akan tetapi bahagiamu adalah bahagiaku jua.

Terima kasih kerana izinkan aku untuk singgah dihatimu.
Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih kerana aku diberi peluang..
Untuk aku merasai apa itu erti kasih sayang.
Dan apa itu erti menghargai sesebuah perhubungan.

Kini aku tahu.
Apa itu erti kebahagiaan.
Apa itu erti pengorbanan.
Kebahagiaan itu terkadang memang memerlukan pengorbanan.
Akan tetapi..
Aku amat berterima kasih kepadamu.
Biarpun cuma untuk seketika aku hadir dihatimu.

Aku terima takdir Ilahi. 
Aku terpaksa pergi.
Kerana dia yang kau nantikan selama ini... 
Telah hadir untuk mengisi ruangan hatimu.
Akan ku jalani hidup ini seperti mana sebelum kehadiranmu.




Bahagia itu hadir dengan redha.
Maka..
Redhalah untuk bahagia.

Aku berharap..
Moga aku terus tabah melaluinya.
Aku akan selalu mendoakan yang terbaik buat dirimu.
La Tahzan Innallaha Ma'ana.

The End.

No comments:

Post a Comment