Thursday, January 24, 2013

Mencari sinar kebahagiaan.

Cinta...
Ianya hadir tanpa diduga.
Pergi juga tanpa kerelaan.
Yang pasti...
Cinta itu indah bak haruman bunga mawar yang segar.

Aku...
Masih tercari-cari sinar harapan.
Tuk aku melangkah terus kehadapan.
Jika perlu...
Tidak lagi mahu menoleh ke belakang.
Terlalu perit untuk diungkapkan.

Di mana aku harus tuju?
Adakah aku masih berpeluang untuk mencari teman sejati?
Teman bahagia..
Tuk aku setia ke hujung nyawa.

Aku yakin...
Hari itu pasti akan tiba.
Hanya bermodalkan sedikit kesabaran dan keimanan.
Insha Allah.
Kebahagiaan yang ingin sekali dikecapi pasti akan dimiliki.

Tapi...
Mengapa aku masih bersedih?
Mengisi kekosongan dengan air mata?
Tidakkah kau tahu air mata ku sangat bernilai harga nya?



No comments:

Post a Comment