Friday, November 2, 2012

Sejarah silam Keluarga As-Samadiah PART I

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Kind

Setinggi-tinggi penghargaan buat Allahyarham Zamri bin Abdullah yang juga merangkap ayahanda saya yang telah merakamkan sejarah awal As-Samadiah dalam tesis tahun akhir beliau semasa pengajian Ijazah Sarjana Muda Sejarah di Universiti Malaya pada tahun 1974/1975. Kajian tersebut paling kurang boleh dijadikan rujukan untuk generasi As-Samadiah akan datang. Insya-Allah.

PART I



"Keluarga besar As-Samadiah yang diambil nama sempena pengasas keluarga Abdul Samad bin Matan @ Maharaja Lebeh (atau dikenali sebagai Tok Samad) telah bertapak ke Malaysia selama lebih enam generasi.

Segalanya bermula bila Tok Samad mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tanah Melayu dari Bangkinang, Sumatera, Indonesia sekitar tahun 1980 setelah kematian ibu dan bapanya. Anak ketiga daripada lima adik-beradik ini memulakan penghijrahan ke Singapura diikuti ke Johor dan akhirnya sampai ke Negeri Perak pada usia belasan tahun dengan menaiki sampan dan tongkang. Di negeri Perak, Tok Samad telah menetap di beberapa kawasan iaitu seperti Teluk Intan, Sungai Kinta, Sengat dan akhirnya sampai ke Ipoh dan Batu Gajah sebelum bermuastautin di Air Papan, Tanjung Tualang sekitar tahun 1928.

Tok Samad dilahirkan pada tahun 1980, berasal dari keluarga bangsawan dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berpengaruh. Bapanya, Matan atau gelarannya Maharaja Lebih, merupakan seorang bangsawan yang menjadi ketua/penghulu yang bergelar Datuk Maharaja di kampungnya. Di tempat kelahirannya, ramai ahli keluarga Tok Samad terdiri daripada peniaga yang berjaya dan Tok Samad telah menyambung tradisi keluarga ini untuk berniaga semasa di Tanah Melayu. Antara bidang diceburinya ialah penternakan, pertanian, dan juga tembakau.

Ketika di Sengat, Tok Samad menjalankan kegiatan menanam sireh, berternak, dan perusahaan membekalkan kayu longkut-kacau iaitu sejenis kayu yang digunakan dalam perusahaan bijih timah. Aktiviti ini diteruskan di Ipoh dan Batu Gajah sehinggalah Tok Samad membuka sebuah kedai membeli getah di bandar tersebut.

Pada peringkat awal, Tok Samad hanya memborong getah secara kecil-kecilan. Namun berkat usaha dan ketabahannya, perusahaannya bertambah maju dan membesar. Sikap Tok Samad yang bijak dan pandai menarik pelanggan menjadi faktor utama kejayaannya sehinggalah Tok Samad menjadi seorang ahli perniagaan yang terkenal, berjaya dan dihormati oleh penduduk di Kampung Gajah. Sungguhpun begitu, Tok Samad tidak pernah sombong dan sentiasa bersedia/menghulurkan bantuan kepada orang yang susah memerlukan pertolongan. Maka, tidak hairanlah Tok Samad mempunyai ramai sahabat handai.

Ketika di Batu Gajah, Tok Samad telah bertemu jodoh denga Uda Saerah yang merupakan anak seorang hartawan tempatan bernama Haji Ibrahim dan juga rakan niaga Tok Samad. Mereka dikurniakan 11 orang anak iaitu Mohd Ali, Kassim, Habibah, Fatimah, Rafeah, Jaafar, Abas, (tak tahu namanya), Zabedah, Md Tahir dan Teh."


Saya merupakan cucu kepada Opah Timah ataupun Fatimah. :)

To be continued..

p/s : Setiap tahun, Keluarga Besar Tok Samad akan mengadakan Hari Keluarga pada 2 Syawal di Tanjung Tualang, akan tetapi majlis ini dikendalikan mengikut giliran. Tahun ini (2011), keluarga Opah Timah yang mengendalikan majlis jadi kami jadi tuan rumah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, menyanyi, hafazan, membaca al-quran dan banyak lagi. Alhamdulillah, moga-moga kita dapat berkumpul lagi. Miss uolsss. :)



Kami jadi penyambut tetamu. Sepesen je baju semua ya! 1Malaysia. Hehe



Tetamu yang hadir daftar dulu ya! ^^



Besarnya Keluarga Tok Samad nie. :)



Alhamdulillah ramai yang hadir pada tahun ini (2011) walaupun tak semua yang dapat hadir. :)



Juadah berhari raya. Banyak lagi menu yang ada sebenarnya! Hehehe



Cucu Atuk Haji Md Tahir tiba. Eh ehh, Fathia rupa nya. Hewhew.



Ketibaan Atuk Md Tahir dan Isteri. Tapi, semua excited nak bersalam dengan Fathia. Kekeke



Maksu excited bergambar dengan Fathia. *masa nie aku tak kenal sangat pun Fathia tu sapa jadi tak berkesempatan pun nak bergambar dengan dia. lol. HAHA*

All of the photo is taken by Mr Hafiz Azeez, dan juga merupakan sepupu saya. Credit to him. 

No comments:

Post a Comment