Monday, November 19, 2012

Kuala Lumpur, Here We GO!!!

In the name of Allah, the Most Kind the Most Merciful.

16 November 2012.

Hi everyone. Lama dah tak update blog nie. Bersawang penuh habuk la. Tiup sikit. Fuhh fuhhhh. Hehehe. Baru-baru ni aku turun keyelle dengan cuzie. Dia nak mintak kerja. Interview gituhh. Ada BN Youth JOB FAIR '12. Kalau tak silap, next week mereka akan buat di Perak pula. Rugi pulak pergi keyelle. Opsss. Mana boleh rugi-rugi. Hihi. Macam aku pulak yang pergi Interview. Hehehe

Event ini diadakan di PWTC. First time masuk PWTC. Bangga tak bangga lah kan. Kau hado? Hahaha. Tahu di mana PWTC? Kalau tak tahu, tampar je pipi tu laju-laju. Hahaha. Kami bertolak pada 8 30 pagi. Sampai je keyelle around 11 a.m macam tu la. If I'm not mistaken. Memang ramai gila lah yang hadir masa tu. Pelbagai booth ada. Semua company ada, dari Company Kereta, Bank, SK1M, Air Asia, Airlines, Franchise, dan banyak lagi. Aku pun tak ingat sangat lah. Kesesakan dipenuhi dengan manusia. Fuhh! Sumpah letih gila. Masa tu pulak aku batak pakai heels 4 inci. Macam aku pulak yang pergi Interview. Lol. Kaki mula dah rasa lenguh. Padanlah muka. Haha. Ingat nak pakai sport shoe Nike, tapi kebasahan. Sadis.

Setelah cuzie aku nie mohon beberapa kerja, kami pon terus meninggalkan PWTC dengan muka yang keletihan. Letih kot. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Aku nampak semua orang duk speaking London. Aku mula stress. Haha. Jalan punya jalan, aku jumpa steward. Pergh! Handsome siot! Gila kau tak handsome. Lol. Kekeke

Setelah kepenatan, kami take a break jap dekat sebelah PWTC. Nama dia Sunway Putra Mall. Makan dekat McD jer pun. Lunch aku hari tu, 1 set Spicy Chicken McDeluxe. Aku dah gila dengan McDeluxe nie. Sedap dan rangup tak terkata. Bila makan di mcd, aku pasti akan order menu nie. Pergh! Blerp! Hihi

Aku sebenarnya ada date dengan someone pada hari tu. Tapi dia tak dapat datang atas busy kerja. Sapa suruh kerja. Kan dah suruh cuti offday. Sadis sesangat lah. Menangis bagaikan hujan petir ribut taufan semua lah. Hahaha. Ober lak. Hihi. Dalam hati je menangis. Luaran tak pun. Hikhikss. Apa boleh buat. Mungkin takda rezeki nak jumpa. Aku pula, malam tu baru bagitahu aku nak datang keyelle. Tak ada perancangan pun nak jumpa si dia. Kecewa tahap gila lah ni. Hihi. Bagi aku, okay la tak jumpa. Takut rindu pulak nanti. Haaaa, dah macam tu pulak. Haha

Okay, next station kami shopping di Kenanga Wholesale Centre!!!!!!!! Mula plan nak pergi Time Square. Tapi tak jadi. Cuzie ajak pergi KWC!!!!!! Gila kau kata, memang banyak sangat barangan Ladies. Terutamanya BAJU! Kasut dan seluar pon ada. Tapi, semua nya ala-ala gaya Kpop star. Memang rambang mata sangat. Murah pun murah. Mereka jual dengan harga bundle. Macam RM100 for 4 helai, RM50 for 2 helai, RM16 for each if buy 3 and more dan macam-macam lagi. Ini serious tak tipu! Hahahaha. Aku dengan kesakitan kaki ni, terpaksa lah beli slipper fipper. Alamak! Takda saiz pulak. Tinggal saiz 7 je. Damn. Terpaksa lah beli fipper yang tebal lagi mahal tu, RM25.90! Dafug! Memang aku mencarut lah. Dah sampai kaunter, baru tahu mahal. Salu aku beli just only RM16.90. Bengang je rasa. Lol

Diam tak diam, jam menunjukkan pukul6. Kami terus bergegas pulang. Tiba di Kampar pukul8 30 malam. Lepaking di Restoran Shakira Banda Baru, dan tiba je kat umah terus mandi-mandi dan landing di katil. Sleep. Kbai.

p/s : later akan upload baju yang aku beli di KCW. Wait and see ya. Lol. Kekeke

No comments:

Post a Comment