Tuesday, October 16, 2012

Menutup Tirai Diploma

In the name of Allah, the Most Kind the Most Grateful.

Alhamdulillah. Aku tunduk dan bersyukur akhirnya tamat sudah pengajianku di UiTM Seri Iskandar sebagai student Sains Komputer. Semoga kita ketemu lagi ya! Rindu sangat nak kembali zaman student. Penuh dengan eseimen. Tak tidur seharian. Tak mandi pergi kelas. Muka serabai tak pakai make up. Tahi mata lupa nak buang. Kena marah dengan lecturer. Kena reject eseimen. Banyak kali redo eseimen. Well, itu sememangnya tugas seharian sebagai student. Mencabar bukan?

Apa yang boleh aku conclude kan, aku sememangnya tak suka kos yang aku ambil nie. Sangat menyesal  dan aku pula tak tahu bagaimana nak tukar kos. Ingatkan tak boleh, rupa nya boleh tapi cuma prosedur nya agak remeh. Itu yang menyampah gila. Grrr. Tapi, bila lama-kelamaan aku cuba mendekatkan diri dengan Sains Komputer.

Masa sem4, result aku jatuh gila. Sebabnya aku baru sahaja kematian ayah tercinta masa bermulanya nak masuk sem4. Perasaan itu rasa nak main-main je. Taknak belajar betul-betul. Final pun tak study. Gila hebat aku nie. Tak pernah fikir perasaan ibu. Lepas aku dapat result yang teruk gila sangat tu, aku tekad nak belajar bersungguh-sungguh. Naik sem5, result aku okay lah. Boleh dikatakan memuaskan cuma CGPA tu tak naik drastik. GPA je yang naik drastik sikit. Bila fikir, aku hanya ada baki 2 sem lagi, dan aku tak mampu nak naikkan CGPA. Aku sedih sebab graduate dengan CGPA yang tak memberangsangkan.

InsyaAllah jika tiada halangan, Afifah akan sambung belajar dalam bidang Bachelor in Science (Netcentric atau pun Business Computing) selama 2 tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kalau tiada halangan, insyaAllah akan ketemu dengan Master. InsyaAllah.

Uolss nak tahu something? Tapi dah lari tajuk pulak. Hahaha. Afifah dah tukar nama tau. Nak tahu apa? Nama baru Afifah adalah Evelyn Alyssa. Aiyooo. Pengsan dengar. Omputeh lah kunun. Menyampah nya dengar. Hahaha. Afifah cadang nak letak nama anak. Agak-agak kena marah tak dengan ibu? Mak mertua? Ayah mertua? Hahaha. Sure kena cari bakal mertua yang sporting lah macam nie. Haha. Okbai.

No comments:

Post a Comment