Thursday, October 18, 2012

Taman Hati

In the name of Allah, the Most Kind the Most Grateful.


Taman hati itu semakin berseri,
Bunga nan satu kembang mewangi,
Nan kehadirannya seolah membunuh,
Siapakah rumput untuk tumpang berlabuh..?
Tatkala pohon berduri melingkar merapati,
Matinya sang rumput tiada yang peduli,
Namun lupakah kau wahai si kumbang..?
Taman tak berlalang adalah taman yang gersang.




Taman hati yang dulu nya berseri dikelilingi bunga mewangi,
Kini semakin kering, semakin layu, semakin mati..
Tiada guna nya mentari bersinar jika duri berhutan.
Tiada guna nya air mengalir jika rumput mengemis.
Dan apabila bah melanda, rosaklah segala..
Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sepi?



Taman hati yang indah berseri itu,
Tidak tercapai bak langit nan biru,
Kira nya bunga liar ini menumpang teduh,
Adakah akan dianggap penceroboh..?
Jika kehadiranku tidak disenangi,
Biarlah ku layu terbiar menyepi,
Mungkin waktu nya ku undur diri,
Tempatku bukan di sini..

Le. Gardenia.

No comments:

Post a Comment