Tuesday, September 4, 2012

Perasaan : Hati Ke Hati

In the name of Allah, the Most Kind the Most Grateful


Sangat tak terduga. Aku terduduk dan menangis teresak-esak sendirian tanpa siapa hiraukan. Jam menunjukkan 1:20 pagi. Aku sangat sedih seperti hilang separuh jiwaku. Aku menangis dan menangis lagi. Banyak benda di fikiran menjadi tanda tanya. Makan tak lalu, tidur tak lena, semua benda yang aku buat serba tak kena. Fikiran bercelaru. Badan tak terurus. Serabai. Tapi aku silap, aku ada Allah yang sentiasa menemani aku siang dan malam. Terima kasih Ya Allah. Engkau telah memberi aku kekuatan untuk terus hidup.

Banyak perkara yang sukar untuk aku ungkapkan di sini. Perkara ini melibatkan hati dan perasaan seseorang. Aku sendiri tak pasti adakah benar langkahku atau pun aku tersasar. Setiap manusia melakukan kesilapan dan aku juga cuba untuk memperbetulkan kesilapan itu. Mungkin aku tak dapat untuk bersama kamu lagi atas sebab yang perkara yang tak sepatutnya berlaku. Aku akan cuba tangani dengan lebih professional lagi.

Sebagai manusia yang sangat kerdil, aku akui aku ada banyak kelemahan. Mungkin silap aku. Seriously aku kata memang aku terlalu sayangkan kamu. Memang silap aku kerana telah menaruh harapan yang terlalu tinggi dengan jawapan yang tak pasti. Jika suatu hari nanti kamu kembali kepadaku, akan aku cuba untuk menjagamu sepenuh hatiku. Maafkan aku selama ini sebab telah banyak melukakan hatimu. Aku memohon seribu kemaafan kerana tak dapat tunaikan apa yang kamu mahu.

Aku pun tak mahu nak melibatkan sesiapa lagi dalam hal ini. Cukuplah sekadar kamu tahu yang aku sangat mencintai kamu dan jujur sayang kamu. Itu janji aku pada kamu. Betul kata orang, mencintai seseorang tak seharusnya memiliki tapi aku masih berharap yang kamu akan tahu aku ikhlas berkawan dengan kamu. Dan aku cuba untuk jadi insan yang akan sentiasa buat kamu senyum dan gembira. Maafkan aku kerana tak dapat berbuat begitu. Berilah aku peluang untuk tebus segala kesalahan aku. Aku merayu, merayu dan merayu lagi. Maafkan aku.

Mungkin silap aku kerana masih berfikiran kebudak-budakan. Aku tak dapat nak tangani masalah dengan lebih baik lagi. Aku tak salahkan kamu dalam hal ini, cuma aku sangat terkilan dan sukar untuk terima kenyataan. Lambat laun aku pasti akan terima juga. Dan akhir kata, aku titipkan doa agar kamu bahagia dunia akhirat. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku selama ini dan menyedarkan aku. Terima kasih atas semua nasihat yang kamu berikan. Aku akan cuba untuk jadi manusia yang lebih matang. Aku amat hargai persahabatan kita selama ini.

No comments:

Post a Comment