Monday, March 5, 2012

nasib malang tak berbau.

In the name of Allah, the Most Grateful the Most Kind.




hmmm. nasib malang tak berbau. nak buat macam mane. segala benda dah terjadi. aku bersalah! kereta mak aku baru je masuk bengkel. eksiden jugak, my cousin yg drive malam ritu. dalam seminggu lagi kereta my mum siap. patutlah aku rase tak sedap hati. benda dah terjadi. MyVi eZi AGP 8234 berlanggar dengan lorry di pekan kampar sekitar jam 12:30 tengah hari tadi. hmmm hmm.

lorry tu takde mengalami sebarang kerosakan. kereta nie lah yang hancur sikit. erghh! hmm. mase tu aku di laluan sebelah kiri, then lorry tu memberi isyarat kiri menandakan mahu berhenti. aku pon berhenti jugak dan memberi lampu isyarat kanan. kunun nak pecut la tapi tak sangka kena lorry tu. tak dapat nak adjust kereta kiri tu. prengggggggggg! berlanggar. best betul! hmm

lorry tu takde masalah ape pun. uncle tu kata nak buat report polis ke tak. aku pon buntu. aku kata aku mintak number phone dia je dulu. papehal aku contact dia. kalau aku buat report polis, aku kena saman RM300 then lesen aku kena tarik. kalau nak dapatkan insurans la. memang damn la. aku pon decide nak repair sendiri guna duit aku. around RM1000. so, hari nie tak jadi lah nak pergi hospital melawat mak dayah.

aku takde lah terkejut atau phobia taknak bawak kereta. aku cuma... tak tahu lah nak kata. budak baru belajar bawak kereta. macam nie lah gaya nya. mungkin sebab tengah hari kan. syaitan berkeliaran pon banyak. eh ehh, salahkan syaitan pulak. astaghfirullah! aku betul2 tak sengaja. bukan aku minta benda nie semua terjadi. maaf.

nasib baik dah sampai rumah baru aku bagitahu mak aku. kalau tak, mesti mak aku khuatir. mak aku pon tak sedap hati katanya.. aku anggap semua nie takdir yang harus aku lalui jugak. sorry mum.. :(

No comments:

Post a Comment