Friday, August 5, 2011

Ramadhan menjelang tiba.

In the name of Allah, the Most Kind, the Most Merciful.





Alhamdulillah. Akhirnya, sampai jugak kita di bulan Ramadhan yang penuh dengan barakhah. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Actually, banyak benda yang aku nak buat bulan Ramadhan nie. Salah satu nya nak kikis sikap malas. InsyaAllah sama-samalah kita menuju kejayaan. Arasso? HEHE.

Bulan puasa yang penuh dengan seksaan, seksa ke? Takde lah! Cuma perlu kuatkan iman. Bulan puasa lah kita kena berbuat ibadat. Bulan Al-Quran. Thats why selalu ade buat khatam al-quran pada bulan ramadhan. Tahukah anda bulan Ramadhan, pahala kita akan berlipat ganda? Jadi, tak mahukah anda pahala yg berlipat ganda? Allah sangat sayangkan umatNya. Mengapa tidak kita? Kita hanya manusia yang hina dan kerdil. Dia lah yang mencipta kita.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan rahmat Allah di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka, dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang terawikh dan membaca al-quran. Jangan lupa ye sembahyang terawikh! Kutiplah sebanyak mana pahala dibulan Ramadhan kerana kita tidak tahu adakah kita masih boleh bernafas hingga ke Ramadhan akan datang. Sama-samalah kita berubah! :D

Okay, berkaitan dengan pahala, tahukah anda 1 solat fardhu bersamaan dengan 70 solat fardhu dibulan ramadhan? Tahukah anda 1 solat sunat seperti 1 solat fardhu pahalanya di bulan ramadhan? Dan tahukah anda 1 malam bersamaan 1000 malam di bulan Ramadhan? Lantaran itu, sama-samalah kita mendapatkannya. Semoga kita sentiasa berada disisiNya. Ameen~





*nie pencabar utama. kalau aku menang, aku dapat duit ghaye semua. habislah dia kali nie. hahaha.



* nie pon same. nampak nya meriah lah raya aku tahun nie. disponsor oleh ramai orang. kalau aku puasa penuh la. bhahahahah! :D






Hah, have you all done watched the latest comeback stage from Super Junior? Tajuk dye Mr Simple. Lagu nie bila dengar betul-betul macam ade banyak combination lagu. Ade yang kata macam lucifer, i am the best pon ade, sorry sorry pon ade. Imeg dorang pon kali ini superb! Ala-ala kanak ribena katanya.. Maybe because its looks colorful. My oppa (teuki) looks very gorgeous and I'm felt dying and crazy. Ommo~ Kyaaaaaa~ *nose bleeding

p/s : Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur. Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : " Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada bulan Puasa, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment