Tuesday, September 21, 2010

kisah cinta duka.

In the name of Allah,the most Merciful,the Most Grateful.




Saya sayang awak.


Ada 1 kisah cinta. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Pasangan normal okay. Bukan homoseks atau lesbian. Mereka ini sahabat sejati. Susah senang kongsi bersama. Cerita suka dan duka. Tawa riang ketawa atau nangis. Tapi,si dia ini menaruh harapan terlalu tinggi kepada si lelaki dan berharap bahawa si lelaki ayat menyebutkan perkataan 3 itu ke pada si dia ini. iaitu I LOVE YOU. Si dia ini terus menanti demi menanti dari detik demi detik. Si dia telah banyak berkorban demi si lelaki ini. Si dia sanggup buat apa sahaja demi membuatkan si lelaki nie tersenyum riang dan gembira. Satu hari, si dia sunyi tanpa khabar berita. Si dia pun menunggu dan menanti dengan kepulangan dan kehadiran si lelaki. Tiba tiba,si dia dapat khabar berita bahawa si lelaki sudah pulang dan mencari si dia. Si dia sangat gembira kerana si lelaki masih teringat pada si dia dan hargai persahabatan mereka yang telah lama terjalin. Si lelaki beritahu si dia bahawa si lelaki sudah jatuh cinta. Si dia tersenyum lebar dan tertanya tanya siapakah gadis yang telah menawan hati si lelaki. Si lelaki terus mengajak si dia pergi ke kedai emas untuk membeli rantai dan menyuruh si dia memilih rantai. Si dia sangat gembira sekali hingga ta terkata. Lalu si dia pun memilih rantai yang sememangnya rantai kesukaan si dia selama ini. Rupa rupa nya, rantai itu hendak diberikan kepada gadis pujaan si lelaki. Ternyata sekali bukan si dia. Si dia pulang bukan keseorangan tetapi bersama gadis kesayangan si lelaki. Si dia patah hati lalu membawa diri. Si dia berdoa agar si lelaki bahagia dengan gadis pilihan si lelaki. Si lelaki tetap cinta pertama si dia sehingga kini. Ternyata kesakitan menunggu cinta itu amatlah perit.. Bak kata pepatah,menyintai seseorang bisa terjadi hanya beberapa minit dan saat, akan tetapi melupakan seseorang memerlukan masa seumur atau sepanjang hidup mereka.. Justeru itu, cintailah orang yang mencintai kita lebih manis dan berkekalan, insyaAllah dan jangan terlalu berharap bahawa orang yang kita cintai itu akan mencintai kita..



Saya cinta awak.

Ada 1 kisah cinta. Saya dan awak. Saya selalu nak bersama awak. Nak makan sama awak. Bermain dengan awak. Pergi taman dengan awak. Saya dah anggap awak sebagai abang kandung saya sendiri. Tapi, keluarga kita selalu larang kita bersama. Sebab masa tuh kita masih kecil. Kita tak layak untuk bercinta. Tapi saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Awak baik. Awak memahami saya. Tak macam kawan saya yang lain. Semua berlagak. Masa senang cari saya. Bila saya susah, hanya awak yang menemani saya. Saya rasa sungguh selesa berkawan dengan awak. Saya ingat masa tuh,saya pergi jalan jalan dengan awak. Saya asyik tengok je aiskrim kat baskin robbin tuh. Awak ternampak saya asyik pandang je kedai tu. Lalu,awak beli kan saya 1 aiskrim tu. Saya sangat gembira tak terkata. Tapi saya tertumpahkan aiskrim yang awak beri. Awak marah saya. Lalu saya menangis dan awak langsung tak pujuk saya. Masa itu, saya tengok muka awak pucat lesu. Saya tak tahu kenapa dan tetiba masa tue saya asyik sebut perkataan maaf kat awak. Saya tak tahu kenapa. Hanya perkataan maaf yang berada diminda saya. Akhirnya, awak senyum manis. Hati saya lega. Awak kata awak dah tak lama. Saya pun kebingungan. Tapi saya buat tak tahu je. Saya ajak jalan jalan taman. Tengok keindahan pada waktu senja. Masa tu, kita sempat tengok 2 filem wayang. Seharian saya menghabiskan masa. Bila ada masa terluang, saya pasti akan ajak awak pergi jalan jalan. Dah lama kita tak pergi jalan jalan bersama. Lebih kurang 3 bulan kita tak jumpa. Suatu hari, saya ajak awak pergi taman tema. Taman tema tu best sangat. Awak kata awak letih. Saya merajuk dan paksa awak pergi. Awak pun ikut kehendak saya. Masa kita jalan jalan tuh,awak pengsan. Saya tergamam. Saya takut. Saya menangis teresak esak. Awak dikejarkan ke hospital. Ternyata tuhan lebih sayangkan awak daripada kami semua. Awak, saya minta maaf. Awak adalah sahabat yang saya sayangi sampai sekarang sehingga saya menemui cinta sejati saya. Namun, saya takkan lupa kenangan kita bersama.

p/s : adaptasi daripada kisah benar dan telah di ubah suai agar kelihata lebih menarik, maybe. :) :) :) :) :)

No comments:

Post a Comment